TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlaku insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk milik TUDM di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam tadi.
Menerusi kenyataan ringkas sebentar tadi, TUDM memaklumkan insiden itu berlaku jam 10.07 malam tadi.
“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.
“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang benta yang tidak sahih,” kata kenyataan itu.
Sementara itu Sinar Harian melaporkan sebuah pesawat TUDM dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di pangkalan udara berkenaan.
Akhbar itu yang memerik sumber melaporkan kejadian tersebut melibatkan pesawat Hawk MK108 bersama dua juruterbang yang mana keadaan kedua-duanya belum diketahui. – Malaysiapost

