KES kematian baharu akibat Covid-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 40 kes dengan tujuh daripadanya adalah kematian di luar hospital (BID).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui data yang dikeluarkan di laman COVIDNOW https://COVIDNOW.moh.gov.my memaklumkan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 29,769 kes.
Daripada jumlah keseluruhan kematian itu, sebanyak 6,024 kes adalah kes BID.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Sarawak (enam); masing-masing lima kematian di Pulau Pinang dan Sabah; Terengganu (empat); masing-masing tiga kematian di Kelantan dan Negeri Sembilan, manakala Johor dan Perak masing-masing dua serta masing-masing satu di Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur.
Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sementara itu, sehingga tengah malam tadi, sebanyak 65,316 kes aktif dilaporkan, termasuk 545 yang ditempatkan di Unit Rawatan rRapi (ICU) dengan 264 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini adalah 2,556,865 kes.
Manakala kes sembuh baharu adalah 6,013 kes semalam menjadikan keseluruhan kes sembuh adalah 2,461,780 kes. – Malaysiapost

