PN tawar tiket percuma bola Melaka-Sabah palsu

0
1

IBU Pejabat Perikatan Nasional (PN) menafikan ada mengeluarkan sebarang poster menawarkan tiket percuma bagi perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Melaka dengan Sabah.

Sehubungan itu, Setiausaha Eksekutif PN, Saiful Adli Mohd Arshad, menegaskan poster yang tersebar di media sosial itu adalah palsu.

Menerusi perkongsian poster itu turut memaparkan foto Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempromosi tiket percuma perlawanan bola sepak itu.

Poster itu turut memaparkan tiket percuma itu diberikan kepada 30 penyokong terawal sahaja dan boleh dituntut di setiap penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) PN.

Perlawanan suku akhir kedua itu akan diadakan di Stadium Hang Jebat, pada 18 November ini jam 8.30 malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here