Kaedah lebih proaktif tarik pelaburan di NCER – PM

0
1

KAEDAH lebih proaktif sedang diteliti bagi menarik lebih banyak pelaburan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata ia bagi memberi impak jangka pendek seperti membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana di samping impak jangka panjang.

“Diharap dengan pelaksanaan projek-projek ini dapat meningkatkan taraf ekonomi di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia demi kemakmuran Keluarga Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu hari ini beliau mempengerusikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Bilangan ke-27 bagi pembangunan NCER secara sidang video.

Turut bersama hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John di pejabat Perdana Menteri di Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here