95.2% penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19

0
1
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 95.2 peratus membabitkan 22,297,446 juta individu yang lengkap vaksinasi.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sejumlah 97.6 peratus atau 22,865,060 individu bagi populasi dewasa pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sebanyak 86.9 peratus atau 2,735,720 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala, 79.8 peratus atau 2,512,231 lagi individu remaja telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 43,731 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 9,959 suntikan dos lengkap, 3,117 menerima dos pertama dan 30,655 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,196,152.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 970,364. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here