
SEBANYAK 55 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat ini adalah 29,631 kes
Daripada jumlah tersebut, 11 daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan keseluruhan kes BID adalah 5,994 kes.
Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, semalam.
Sebaliknya kematian yang dilaporkan adalah melibatkan kes tertunggak.
Dalam pada itu, seramai 527 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 277 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost
