PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 95.2 peratus membabitkan 22,286,520 juta individu yang lengkap divaksinasi.
Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, sebanyak 97.6 peratus atau 22,858,958 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Seramai 24,791,677 individu atau 75.9 peratus daripada populasi keseluruhan pula telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Manakala sebanyak 78.4 peratus atau 25,593,015 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,505,157 individu atau 79.6 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,734,057 individu atau 86.9 peratus mendapat satu dos.
Sebanyak 55,703 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 3,203 dos pertama dan 14,875 dos kedua serta dos penggalak sebanyak 37,625 dos.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin adalah sebanyak 51,138,954 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

