PN lancar manifesto ‘Melaka Bangkit Gemilang’

0
1

PERIKATAN Nasional (PN) menawarkan kepada rakyat Melaka manifesto bertemakan ‘Melaka Bangkit Gemilang’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung 20 November ini. 

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata manifesto itu merangkumi ikrar berteraskan enam tunjang utama, berpacukan 11 strategi dan berlandaskan 74 pendekatan. 

“Kita menawarkan kepada rakyat Melaka pemimpin berwibawa sebagai peneraju motto kita: Melaka Bangkit Gemilang. 

“Saya amat yakin, gabungan kepimpinan calon PN yang bertanding kali ini mampu membawa aspirasi rakyat negeri Melaka yang tentunya ingin melihat Melaka bangkit sebagai sebuah negeri yang gemilang,” ucapnya pada majlis pelancaran manifesto PN sempena PRN Melaka di Shah Alam, Selangor hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menjelaskan, ikrar yang ditawarkan ini bukan omongan kosong, mahupun janji bulan dan bintang. 

“Ikrar ini komitmen bahawa kerajaan negeri yang bakal dibentuk nanti adalah berteraskan suara rakyat yang mahu melihat Melaka Bangkit Gemilang sebagai sebuah negeri yang maju, prihatin rakyat dan dipimpin oleh sebuah pasukan kepimpinan yang berintegriti. 

“Tumpuan kerajaan baharu Perikatan Nasional yang akan dibentuk kelak akan berpaksikan kepada Keutuhan Ekonomi, Keprihatinan Kepada Rakyat, Kerancakan Sektor Pelancongan, Kelestarian Alam Sekitar, Kecekapan Infrastruktur serta Keteguhan Dan Kejujuran Pentadbiran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here