MIC dakwa MB Kedah tidak hormat bangsa lain

0
1

MIC menyifatkan tindakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengharamkan kedai nombor ekor beroperasi di negeri berkenaan sebagai tidak menghormati bangsa lain.

Menyelar tindakan itu, Naib Presiden MIC T Mohan menyifatkannya sebagai satu usaha Sanusi mencetus publisiti murahan untuk menarik perhatian terhadapnya.

“Saya lihat (tindakan Sanusi) tidak logik. Kadang-kadang Menteri Besar Kedah ini suka publisiti murahan. Nak publisiti, (Sanusi) biasa buat macam itu nak dapatkan sokongan,” katanya dipetik FMT, hari ini.

Mohan menjelaskan, Sanusi sepatutnya mengkaji kemungkinan mengehadkan premis perjudian, bukan membuat keputusan drastik tidak memperbaharui lesen perniagaan kedai nombor ekor.

Mohan berkata, pemimpin PAS itu sepatutnya sedar tindakannya turut memberi kesan kepada bukan Muslim.

“Saya faham (dalam) Islam tak boleh main judi. Tetapi siapa panggil orang Islam main judi. Orang Islam (juga) tak boleh minum arak. Tetapi siapa panggil minum arak,” katanya.

Mohan menambah, Sanusi sepatutnya menghormati hak orang bukan Muslim dan tidak membuat keputusan terburu-buru.

“Kena hormat (hak bukan Muslim). Negara ini bukan (untuk) orang Islam saja. Yang bukan Islam pun ada. Kalau orang bukan Islam nak main judi, lepaskanlah. Kalau tengok Islam main judi, tangkaplah,” katanya.

Terdahulu, Sanusi mengumumkan kerajaan Kedah tidak akan memperbaharui lesen perniagaan kedai nombor ekor dalam usaha menjadikan negeri itu bebas aktiviti perjudian.

Katanya, aktiviti perjudian menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan dan tamadun, selain masalah hutang.

Beliau berkata, penjualan minuman keras di semua premis juga akan dihadkan, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here