
KES harian Covid-19 kembali menunjukkan trend penurunan untuk dua hari berturut-turut dengan merekodkan 5,162 kes hari ini berbanding 5,809 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,546,309 kes.
Menurutnya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost
