Malaysia catat 5,809 kes baharu hari ini

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

KES harian Covid-19 kembali menurun ke angka 5,000 dengan merekodkan 5,809 kes hari ini.

Tiga hari berturut-turut sebelum ini, kes Covid-19 dilaporkan melepasi 6,000 kes iaitu 6,517 kes semalam, 6,323 kes kelmarin, dan 6,243 kes pada Rabu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,541,147.

Menurutnya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here