Semua calon PN lafaz aku janji menentang rasuah

0
2

SEMUA 28 calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melafaz ikrar dan menandatangani surat aku janji menentang rasuah.

Mereka berbuat demikian di hadapan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Gerakan Utama PN Melaka di Taman Seri Tanjung Minyak, malam ini.

Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohidden telah mengetuai bacaan ikrar tersebut dengan diikuti oleh calon lain.

Sebelum ini, Muhyiddin menegaskan, gabungan itu tetap konsisten menunjukkan komitmen dalam perjuangan memerangi rasuah.

Katanya, ia sekali gus mengambarkan pendirian PN yang tegas mendokong prinsip-prinsip menentang segala penyalahgunaan kuasa dan menentang segala bentuk rasuah.

“Kita tidak akan biarkan ia bermaharajalela dan kita akan menentukan layanan yang adil dan saksama kepada semua pihak dan (pastikan) tidak ada satu kelompok masyarakat yang tertinggal dan dibiarkan begitu sahaja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here