Rentas negeri bukan punca lonjakan kes Covid-19

0
2

KELONGGARAN diberikan oleh kerajaan untuk pergerakan rentas negeri kepada individu yang lengkap vaksinasi sejak 11 Oktober lalu bukan punca kes Covid-19 meningkat.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, trend seolah-olah ada pertambahan kes baharu kebelakangan ini ekoran sikap culas masyarakat.

“Sebenarnya rentas negeri tidak beri masalah pun, tetapi ia jadi masalah apabila ramai tidak patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian apabila ditanya adakah kebenaran rentas negeri menjadi punca lonjakan kes positif Covid-19 seperti pernah berlaku akhir tahun lepas.

Mengulas mengenainya, Noor Hisham berkata, aktiviti balik kampung atau bercuti di destinasi tertentu bukanlah satu isu tetapi masalah berpunca apabila ramai yang berkumpul secara serentak sehingga menyebabkan kesesakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here