Dos penggalak: Hanya vaksin jenis Pfizer dibenarkan di Sarawak

0
2

JABATAN Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memaklumkan setakat ini hanya vaksin jenis Pfizer-BioNTech (Comirnaty) akan digunakan sebagai vaksin dos penggalak di negeri itu.

Timbalan Pengarah JKNS, Dr Rosemawati Ariffin berkata, vaksin jenis Sinovac (CoronaVac) hanya digunakan sebagai dos penggalak dalam keadaan tertentu.

“Sekiranya penerima vaksin mempunyai kontrapenunjukan (kontraindikasi) atau alahan kepada vaksin jenis Pfizer.

“Pemberian dos penggalak juga diberi dengan mengambil kira kategori keutamaan golongan berisiko dan jarak masa yang telah ditentukan mengikut jenis vaksin dos primer diterima sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ni.

Dr Rosemawati berkata, setakat ini pemberian dos penggalak di seluruh Sarawak adalah mengikut dasar terkini Kementerian Kesihatan (KKM) di mana hanya vaksin jenis Pfizer (Comirnaty) dibenarkan kepada penerima dos primer Pfizer atau Sinovac.

“Ini sejajar dengan pekeliling serta arahan semasa berkenaan pelaksanaan pemberian dos penggalak dan dos ketiga daripada KKM,” katanya.

Lebih 122,000 individu di Sarawak dijangka menerima suntikan dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19 yang bermula minggu pertama Oktober lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here