Calon Ketua Menteri: ‘Saya tiada masa sakit kepala’ – Idris Haron

0
2
https://www.facebook.com/idris.haron.5/videos/981877569341162/

DATUK Seri Idris Haron menegaskan beliau tidak mahu ‘sakit kepala’ dan mengambil pusing mengenai jawatan Ketua Menteri jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan di Melaka.

Sebaliknya calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan itu berkata tujuannya bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya kerana mahu memajukan kawasan berkenaan.

“Saya hanya fikir mahu memajukan kawasan di DUN Asahan dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di sini.

“Jadi saya tiada masa untuk ‘sakit kepala’ memikirkan siapa bakal jadi Ketua Menteri jika PH menang,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.

Bekas Adun Sungai Udang itu berkata, sama ada calon PH di Bukit Katil yang juga bekas Ketua Menteri, Adly Zahari bakal menerajui kerajaan negeri selepas PRN Melaka, juga tidak penting kerana yang lebih utama adalah nasib rakyat negeri itu.

“Saya tidak mahu memeningkan kepala dengan terlalu memikirkan siapa bakal Ketua Menteri jika PH bentuk kerajaan negeri kerana yang lebih utama PH harus beroleh kejayaan terlebih dulu.

“Idris Haron tidak penting, begitu juga dengan Adly kerana yang lebih penting ialah masa depan rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mengumumkan Adly sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika PH menang PRN Melaka, 20 November ini.

Ia sekali gus mengakhiri khabar angin kemungkinan Idris kembali memegang jawatan itu.

Anwar berkata, Adly yang pernah memegang jawatan itu kira-kira 22 bulan bermula Mei 2018, dipilih secara konsensus oleh barisan kepimpinan PH. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Idris Harom

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here