Anggota polis maut akibat serangan jantung sewaktu rondaan pematuhan Op Covid-19

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1636623734965","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

SEORANG anggota polis dilaporkan meninggal dunia ketika bertugas menjalankan rondaan pematuhan Op Covid-19 di Jalan Kubang Kurus, Chukai, Kemaman, Terengganu, semalam

Allahyarham Lans Koperal Sokongan Mohd Nor Afiza Mohd, 36, meninggal dunia di Hospital Kemaman kira-kira jam 9 malam selepas rebah di sebuah stesen minyak di bandar Chukai dipercayai akibat serangan jantung.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalannya Datuk Seri Mazlan Lazim menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

“Allahyarham merupakan Pegawai Rendah Polis yang bertugas di Balai Polis Chukai dan telah berkhidmat dengan pasukan selama 15 tahun.

“Didoakan agar roh Allahyarham Mohd Nor Afiza dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” menurut ucapan takziah yang disampaikan melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi PDRM, hari ini.

Terdahulu dilaporkan, Allahyarham meminta rakannya berhenti di sebuah stesen minyak dan sebaik keluar dari kenderaan peronda, arwah tiba-tiba rebah dan terus dikejarkan ke Hospital Kemaman, sebelum disahkan meninggal dunia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here