Ajar rakyat lolos ke Israel, calon PN mohon maaf

0
2

CALON Perikatan Nasional (PN) Kota Laksamana, Fong Khai Ling memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya sebelum ini seolah-olah mengajar rakyat untuk lolos ke Israel menggunakan pasport Malaysia.

Menerusi kenyataan hari ini, calon parti Gerakan itu memaklumkan beliau tiada niat untuk mencabar undang-undang apa lagi mengajar rakyat untuk berbuat demikian.

“Saya tiada niat untuk mencabar undang-undang Malaysia yang telah menetapkan Israel tidak boleh dilawati oleh rakyat negara ini.

“Saya memahami tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dan Israel,” katanya.

Sebelum ini Khai Ling pernah mencetus kontroversi apabila dikatakan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk rakyat Malaysia lolos ke Israel menggunakan pasport Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan tidak berniat untuk mempersendakan pendirian umat Islam terhadap Israel. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here