Syaf Ziyad
BERMULA hari ini, rakyat berpeluang mendapat pengurangan bayaran saman sehingga 60 peratus bagi kesalahan yang dikeluarkan di negeri itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata bagi kesalahan yang dikenakan di luar Melaka, diskaun 50 peratus turut diberikan sehingga 15 November depan.
“Bayaran saman boleh dibuat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di semua kaunter semakan saman trafik kontinjen Melaka.
“Namun pengurangan saman dikecualikan terhadap saman dikeluarkan pada 2021 melibatkan kesalahan tidak patuh lampu isyarat, lorong kecemasan dan potong secara berbahaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagi diskaun 60 peratus katanya, ia tertakluk kepada saman di Melaka sahaja, manakala bagi kesalahan di luar Melaka, pengurangan 50 peratus ditawarkan.
“Pengurangan saman ini bersempena Deepavali, selain sebagai satu kaedah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengurangkan beban rakyat sekali gus mengelak mereka dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Jelasnya, saman lain yang tidak layak menerima pengurangan adalah potong di garisan berkembar, dalam pembicaraan, tidak boleh dikompaun, kesalahan berkaitan lori dan pengubahsuaian ekzos.
Mengulas lanjut, Hasan berkata, semakan saman juga boleh dilakukan secara dalam talian sebelum pesalah hadir ke kaunter trafik. – Malaysiapost

