SEBANYAK 58 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan setakat semalam.
Daripada angka tersebut, lapan daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Bagaimanapun berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, jumlah sebenar kematian akibat Covid-19 semalam cuma enam, manakala selebihnya adalah kematian tertunggak (backlog).
Justeru, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat semalam adalah 29,349 manakala jumlah keseluruhan kes BID meningkat kepada 5,932.
Dalam pada itu, seramai 534 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 263 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

