PRN Melaka: Sulaiman berdepan 3 penjuru di DUN Lendu

0
1
Calon BN DUN N.04 Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali #Malakat Tribune

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan berdepan saingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu akan berdepan calon daripada Pakatan Harapan (PH) Mohamad Asri Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN), Mejar (B) Abdullah Mahadi.

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Lendu, Mohd Haidir Haron selepas selesai proses penamaan calon.

Proses penamaan calon bagi DUN Lendu berlangsung di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Lendu, bermula 9 pagi tadi.

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat pada jam 10 pagi.

Mohamad Asri mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.06 pagi, diikuti Abdullah Mahadi pada jam 9.10 pagi dan terakhir Sulaiman pada jam 9.15 pagi.

Hari ini, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuka tirai dengan 28 kerusi DUN akan dipertandingkan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Malakat Tribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here