PRN Melaka: Empat penjuru di Sungai Udang

0
1

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang secara rasminya menyaksikan persaingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRN DUN Sungai Udang Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz, jam 10.45 pagi tadi.

Empat calon terbabit ialah calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, 57, calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Hasmorni Tamby, 46, calon Pakatan Nasional (PN) dari Bersatu, Dr Mohd Aleef Yusuf, 35, dan calon Bebas Datuk Mohd Zahar Hashim, 63 tahun.

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tamat tempoh penamaan jam 10 pagi tadi.

Proses semakan dan cabut undi pada kertas undian selesai tanpa penolakan atau bantahan dikemukakan mana-mana pihak.

Shamsul Ambia berkata, beliau berpuas hati dengan kertas pencalonan yang dikemukakan oleh calon sewaktu semakan dibuat.

“Selepas menyemak kertas pencalonan itu dan saya berpuas hati sekali gus tidak ada calon ditolak borang mereka,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai tarikh PRN Melaka dan pengundian awal pada 16 November ini. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Mohamad Ali Mohamad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here