Teliti harga dulu sebelum makan – Mazlina

0
1

PEMILIK Bismi Cergas Sdn Bhd, Mazlina Kamarudin mengingatkan pengunjung ke Pulau Langkawi supaya meneliti harga sebelum menikmati makanan laut, agar tidak ‘terkena’ dengan hidangan ‘kayangan’ mencecah ribuan ringgit.

Mazlina menerusi Facebooknya
berkongsi pengalaman beliau bersama suami, Jaffri Ahmad serta kumpulan pengurusan syarikat berkunjung ke Pulau itu bagi ‘business trip, turut ke restoran tersebut sebelum tular.

“Sebenarnya Mommy (Mazlina) dan team ke Langkawi baru-baru ini dan kami ke Kilim. Aktiviti bot menelusuri hutan bakau.

“Selepas ke gua melihat kelawar dan beri makan helang. Tiba aktiviti melihat pertunjukan ikan. Ada pari besar, kerapu besar dan bermacam-macam “giant” fish. Dalam pusat ternakan terapung tersebut yang dilengkapi dengan restoran. Mereka memberi makan ikan-ikan sebagai pertunjukan.

“Pada masa itu memang Mommy lihat ada beberapa pelanggan tempah ikan siakap dan kerapu hidup yang masih lagi berenang-renang di sangkar. Maka Haji (suami) pun ke kaunter. Tengok menu. Memanglah hajat di hati mahu belanja team makan ikan hidup. Segala bil boleh saja claim dari syarikat. Kerana kami on business trip,” katanya.

Sehubungan itu, Mazlina berkata, beliau hairan mengapa suaminya berada lama di kaunter lalu pergi kepadanya untuk melihat dan akhirnya terjawab apabila seekor ikan siakap boleh mencecah RM18 bagi 100 gram.

Katanya, jadi untuk makan lapan orang, satu kilogram ikan sudah berharga RM180 dan ia agak mahal dan tidak berbaloi.

“Malam tadi memang kami order Ikan loban bakar, kari bawal emas serta nasi. Memang sedap. Kami semua beredar. Sedangkan pada masa tu jam 1 tengah hari. Memang agak lapar. Tetapi boleh saja tahan perut. Banyak tempat lain lagi boleh makan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, semua pengunjung perlu bersikap bijak apabila berkunjung ke restoran seperti itu bagi menggelak tertipu.

“Itu style Mommy. Nak makan. Tanya kalau harga tak ditulis. Kira. Memang tak makan kalau mahal. Barang dia. Duit kita. Apa ada hal.

“Nak kata Mommy kedekut. Ya juga. Tapi Mommy sanggup bagi makan untuk 400 orang sehari. Nasi berlaukkan ayam. Nilainya lebih kurang RM2,000 setiap hari.

“Bab nak makan benda mahal. Maaf. Mommy sakitnya di sini. Cuma… tuan kedai pun tak boleh tricky sangat. Maklumkan dulu. Harga seekor ikan ni selepas masak RM1,200 ya. Tuan ok ka?,” katanya.

Tambahnya, segelintir pelanggan tidak perasan akan harga yang mengikut gram, maka pemilik restoran harus bersikap lebih tanggungjawab untuk menerangkan perkara itu agar tidak dituduh menipu.

“Tak semua telitikan harga RM18.00/100 gram. Lagipun cara kedai tu orang tak sangka pun boleh keluar bil ribu riban. Unless makan di hotel. Atau tempat mewah. Itu orang dah ready. Walau hakikatnya ada kedai buruk tapi mahal. Tapi jarang-jarang.

“Tak percaya, tanya geng yang pi sama Mommy ni. Walhal kami boleh aja makan. Share ramai-ramai. Depa ni semua berduit,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here