PKR, Amanah terima 2 bekas Adun Umno kerana pengalaman, prinsip perjuangan

0
1

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pimpinan PKR serta Amanah menerima dua bekas pemimpin Umno sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana pengalaman serta prinsip perjuangan mereka.

Anwar menjelaskan kedua-dua bekas Adun Umno itu, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan tidak mengkhianati amanah rakyat, sebaliknya mereka mahu mengembalikan mandat rakyat Melaka kepada PH yang dirampas pada tahun lalu.

“Itu yang mereka sampaikan kepada pimpinan PH, walaupun kita keberatan pada mulanya, saya sendiri ada banyak persoalan sebelum bersetuju, DAP lebih tegas lagi.

“Tetapi selepas itu apabila Idris menyatakan dengan tegas bahawa dia tidak boleh terima pimpinan menyeleweng, bagi kawan-kawan kita dalam PH itu lebih meyakinkan,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di Facebooknya hari ini.

Semalam Anwar mengumumkan Idris sebagai calon PKR di DUN Asahan, manakala Nor Azman mewakili Amanah di DUN Pantai Kundor.

Sementara itu, Anwar berkata tidak timbul soal lompat parti melibatkan Idris dan Nor Azman kerana kerajaan negeri Melaka telah pun terbubar dan mereka tidak lagi bergelar Adun.

“Ada orang tanya tiadakah orang dalam PKR yang layak? Memang reamai, tetapi kami melihat kepada pendirian mereka.

“Saya beri mesej kepada rakyat bahawa kita tak memusuhi ahli Umno dan PAS, kita memusuhi penyalahgunaan kuasa, penindasan kuasa diterajui pemimpin Umno. Jadi kalau nak menyeberang untuk terima (dasar) kita, kita harus bersikap terbuka.

“Idris tanding atas tiket PKR, Nor Azman bersama Amanah kerana pengalaman mereka, kesetiaan kepada perjuangan dan sikap rakyat di bawah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here