Covid-19: Kes baharu kekal di bawah angka 5,000

0
1

KES baharu Covid-19 kekal berada di bawah angka 5,000 buat hari ketiga berturut-turut apabila melaporkan 4,343 kes hari ini.

Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 358 kes berbanding 4,701 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,506,309 kes.

Katanya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here