PRN Melaka: Putra hanya tanding lima kerusi

0
1

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengesahkan hanya bertanding di lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berbanding jangkaan awal sebanyak 13 kerusi sebelum ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan itu diambil selepas perbincangan dilakukan oleh biro politik dan Majlis Tertinggi parti.

Bagaimanapun, katanya, beliau mengakui sukar bagi parti itu untuk menang dalam PRN kali ini.

“Saya nak minta maaf kepada Biro Perhubungan Putra Melaka yang sebelum ini mahu kami bertanding 13 kerusi.

“Setelah berbincang dan mengakui sebagai parti baharu, hanya lima kerusi yang akan kami letakkan calon,” katanya dalam satu pengumuman yang disiarkan secara dalam talian hari ini.

Ibrahim berkata, Putra yang baharu berusia hampir tiga tahun, tidak mampu menyediakan persiapan terbaik untuk PRN Melaka ini.

Kelima-lima calon itu adalah Dr Muhammad Alwi Sani 55, (Pengkalan Batu), Laila Maun 44, (Jasin), Muhammad Faizal Hamzah 44, (Duyung), Nazatul Ashraf Mohd Dom, 38, (Sungai Rambai) dan Muhmmad Hasidi Mohd Zain (Paya Rumput). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here