Kedudukan Idris, Nor Azman akan terjawab petang nanti

0
1

KEDUDUKAN dua bekas wakil rakyat BN yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan negeri Melaka sama ada diterima Pakatan Harapan (PH) atau sebaliknya akan terjawab petang nanti.

Dua wakil rakyat berkenaan ialah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan.

PKR adan Parti Amanah Negara (Amanah) dua parti yang dikatakan terbuka untuk menerima penyandang kerusi Sungai Undang dan Pantai kundor.

Sebelum ini DAP menolak empat bekas wakil rakyat yang “mengkhianti” kerajaan negeri Melaka bertanding atas tiket parti itu.

Bagaimanapun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuduhan empat wakil rakyat berkenaan sebagai pengkhianat kerana tidak terlibat dengan “Langkah Sheraton”.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dikatakan antara individu yang bertanggungjawab membawa dua bekas wakil rakyat berkenaan menyertai PH.

Semalam, Berita Harian melaporkan Nor Azman mendakwa beliau dan Idris diterima menyertai PKR dan Amanah.

Nor Azman bagaimanapun enggan menyatakan parti yang disertainya sama ada PKR atau Amanah, manakala Idris gagal dihubungi.

Berdasarkan spekulasi yang mula tersebar Idris dikatakan akan menyertai PKR manakala Nor Azman menyertai Amanah.

Sementara itu nasib berbeza diterima bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang masih kabur untuk bertanding atas tiket parti mana.

Ia selepas DAP dengan keras menolak bekas wakil rakyatnya itu bertanding atas tiket PH sekali lagi.

Norhizam yang dua kali melompat parti dijangka akan membuat pengumuman untuk bertanding sebagai calon Bebas.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here