Pelakon serta pengacara, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau Dira antara lima calon wanita ditampilkan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.
Nama beliau diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis pengumuman 28 calon gabungan itu di ibu negara, pagi tadi.
“Pada masa yang sama Barisan Nasional terus mengiktiraf peranan wanita dengan mengemukakan lima calon daripada Wanita berbanding hanya dua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu bagi DUN Melaka.
“Empat dari Umno dan seorang dari MCA,” kata Mohamad.
Calon paling muda yang ditampilkan BN pada PRN Melaka berusia 29 tahun iaitu dari wanita MCA, Ngwe Hee Sim yang bakal bertanding di DUN Machap Jaya. – Malaysiapost

