Kes harian Covid-19 kembali turun kepada 4,922

0
1
Orang ramai sentiasa menggunakan imbas suhu badan sebelum memasuki premis perniagaan.

SELEPAS tiga hari berturut-turut Malaysia mencatat kes harian Covid-19 melebihi 5,000, hari ini kes kembali turun kepada 4,922 kes.

Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 791 kes berbanding semalam, 5,713 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,497,265 kes.

Katanya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here