Wisma Putra pantau kes rakyat Malaysia dihukum mati di Singapura

0
1

KEMENTERIAN Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus memantau perkembangan pelaksanaan hukuman mati ke atas tahanan warga Malaysia, D Nagaenthran di negara berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia termasuk menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada tahanan serta keluarganya.

Beliau berkata, Wisma Putra mengambil maklum akan pelaksanaan hukuman mati tersebut yang akan dilaksanakan pada 10 November ini.

Katanya, proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat sehingga ke peringkat akhir iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden (Presidential Clemency).

“Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak pada 1 Jun 2020. Saya juga menerima surat daripada organisasi Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) melalui YB Maria Chin, Ahli Parlimen Petaling Jaya yang memaklumkan pelaksanaan hukuman tersebut serta memohon supaya Kementerian Luar Negeri membangkitkan kes ini dengan Kerajaan Singapura.

“Sehubungan itu, saya telah mengutus surat kepada Menteri Luar Singapura berkenaan dengan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Nagaenthran telah ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan dadah jenis diamorphine seberat 42.72 gram dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 November 2010. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here