[PARLIMEN] AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta kerajaan bergerak ke arah negara membangun dan berpendapatan tinggi dan tidak hanya memberi bantuan kewangan.
Beliau berkata, bukan sahaja kerajaan tetapi semua pemimpin perlu membuka pemikiran lebih besar dan berubah, bukan sekadar memberi subsidi tetapi perlu meningkatkan ekonomi negara sekali gus dapat membantu rakyat
“Saya fikir kita pemimpin-pemimpin ini, janganlah tengok rakyat, kita salahkan mereka.. kita buat macam-macam dasar konon. Kadang-kadang pemikiran kita pun tak betul.
“Kita nak tolong Melayu dengan memberi bantuan subsidi. Bantuan ‘hand out’, bantuan kebajikan ini saya sokong. Kita perlu beri semua ini. Tapi ini adalah kebajikan, sampai bila? Kita perlu maju lebih jauh. We want to be develop, high income country.
“Jadi, ini tidak cukup dengan hanya memberi subsidi, dengan memberi suapan-suapan. Maka, saya minta kerajaan hari ini termasuk semua pemimpin-pemimpin untuk berfikiran besar, kena berubah, jangan kita minta rakyat saja berubah. Pemimpin sendiri kena berubah termasuk saya sendiri nak berubah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu turut dicelah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dengan menyokong Tajuddin. – Malaysiapost

