PIKAS berkesan tingkatkan imunisasi pekerja industri – PM

0
1
Warga-warga asing hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC ketika tinjuan Malaysiapost pagi tadi.

KERJASAMA pihak industri menjayakan program vaksinasi Covid-19 membolehkan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ia terbukti dengan keberkesanan dan impak Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang diterajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurutnya, program itu telah menyumbang secara signifikan terhadap usaha kerajaan untuk mempertingkatkan imunisasi pekerja industri seterusnya mengurangkan risiko kluster tempat kerja.

“Kerajaan amat menghargai kerjasama pihak industri dalam menjayakan program vaksinasi sebagai langkah untuk meningkatkan perlindungan dan pencegahan.

“Sehubungan itu, saya dan barisan Kabinet komited dalam menjayakan kelestarian agenda pemulihan ekonomi demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Anugerah Kecemerlangan Industri 2020, malam ini.

Beliau berkata, kerajaan sedia maklum, sektor swasta merupakan penyumbang utama dalam pembangunan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Sebagai langkah untuk membantu mengurangkan kesan pandemik kepada ekonomi termasuk sektor swasta, kerajaan telah menyediakan sebanyak lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion.

“Susulan itu, Bank Dunia telah mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia pada 2022 meningkat sebanyak 5.8 peratus berbanding unjuran asal sebanyak 4.2 peratus,” katanya.

Menurutnya, unjuran baharu itu menunjukkan Malaysia berada pada landasan yang tepat dan berpotensi membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada bakat-bakat tempatan.

“Bagi terus memastikan kemampanan ekonomi negara, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)yang baru dilancarkan.

“Ia telah dijajarkan dengan inisiatif pemerkasaan ekonomi, kemampanan alam sekitar serta kerekayasaan sosial demi memastikan pembangunan sosioekonomi yang inklusif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here