Najib harap kerajaan tunai rayuan i-Citra RM10,000

0
1

[Parlimen] AHLI Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak merayu kerajaan mempertimbangkan skim pengeluaran khas terakhir bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra, maksimum kepada RM10,000.

Najib berkata, beliau termasuk Pemuda Umno sudah beberapa kali membangkitkan isu berkenaan untuk membantu kelangsungan hidup rakyat, sehingga menjadi sasaran dipersalahkan apabila ia tidak laksanakan.

Beliau berkata, pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 ini dapat membantu meringankan beban mereka bagi membayar segala tunggakan atau dijadikan modal untuk perniagaan kecil selepas terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19.

“Membangkitkan soal i-Citra yang tidak disentuh semasa pembentangan Bajet 2022. Sebelum ini, saya kerap kali mencadangkan dan memperjuangkan pengeluaran i-Sinar, i-Lestari dan juga i-Citra KWSP.

“Tetapi saya pula yang menjadi sasaran dan dipersalahkan sebab had maksimun i-Citra tidak dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000. Begitu juga, nasib Pemuda Umno biarpun kami bukan Menteri Kewangan.

“Saya dapati ramai yang bersuara dan mendesak perkara ini, sebenarnya mereka mempunyai tunggakan-tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri itu berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut demi kepentingan rakyat.

“Mereka bukan suka-suka mahu mengeluarkan caruman. Justeru, saya amat berharap had maksimun i-Citra dinaikkan ke RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini sangat dituntut oleh rakyat .

“Sesungguhnya ini bukan boleh disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here