‘Kerajaan, segera penuhi tuntutan i-Citra RM10,000’ – Asyraf

0
1

PEMUDA Umno memohon kerajaan supaya segera melaksanakan skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra maksimum RM10,000, sebagai pemangkin ekonomi rakyat ketika ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata sebagaimana yang dijanjikan hari ini Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, terus memperjuangkan perkara itu di Parlimen, yang merupakan tuntutan rakyat.

Katanya, walaupun perjuangan membawa tuntutan atau suara rakyat itu pada mulanya diremeh segelintir pihak, namun yang melegakan kini rakyat dapat menerima beberapa caruman ketika terkesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 ini.

“Bekas Perdana Menteri juga menyebut perjuangan bersama Pemuda Umno membawa suara rakyat walaupun cuba diremehkan, tetap ada hasilnya apabila i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra akhirnya ditawarkan kerajaan sebelum ini,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan segera penuhi tuntutan rakyat ini demi kelangsungan hidup.

“Justeru, eloklah sebagai skim pengeluaran khas terakhir oleh KWSP – menempuhi fasa-fasa akhir tempoh PKP ini, kerajaan segera mengumumkan had maksima i-Citra untuk dinaikkan kepada RM10,000, sekali gus menjadi pemangkin ekonomi rakyat pada ketika ini.

“Pemuda Umno juga menyokong penuh tiga cadangan Datuk Seri Najib kepada kerajaan untuk memulihkan semula simpanan rakyat dalam KWSP sekali gus mengimbangi pengeluaran yang telah dibuat.

“Sesungguhnya bak kata Datuk Seri Najib, ini bukan tindakan populis tetapi keperluan mendesak rakyat yang amat dituntut untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya.

Terdahulu, Najib ketika membahaskan Bajet 20202 di Dewan Rakyat hari ini, merayu kerajaan mempertimbangkan skim pengeluaran khas terakhir KWSP i-Citra, maksimum kepada RM10,000.

Najib berkata, pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 ini dapat membantu meringankan beban rakyat bagi membayar segala tunggakan atau dijadikan modal untuk perniagaan kecil selepas selepas terkesan PKP. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here