Pengurangan kadar caruman KWSP 11% dilanjut Jun tahun depan

0
1

KERAJAAN membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman daripada 11 kepada 9 peratus sehingga Jun 2022 melibatkan anggaran nilai RM2 bilion.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pelanjutan itu bagi membantu rakyat memiliki lebih tunai di tangan susulan terkesan akibat terpaksa menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lama.

“Kerajaan amat memahami kekangan kewangan dihadapi rakyat akibat PKP yang berpanjangan, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai. Untuk menambah wang dalam tangan kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2022, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, secara keseluruhan, kerajaan menyediakan lebih RM31 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi Bajet 2022.

“Peruntukan ini adalah untuk meminimum kesan peningkatan kos sara hidup rakyat melibatkan kawalan harga barang dan perkhidmatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here