Bajet 2022: Konsep perbelanjaan dicadang PH diterima – Mujahid

0
1
Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf

BEKAS menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof menyifatkan konsep perbelanjaan secara expansionary yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH) cadangkan semasa rundingan pra-bajet diterima kerajaan.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata begitu juga bantuan rakyat dan untuk keselamatan sosial.

“Tahfiz juga diperuntukkan RM150 juta untuk bantuan. Peruntukan Pentadbiran Islam ada peningkatan untuk penambahan guru takmir.

“Isu penstrukturan TH melalui Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang PH mulakan diteruskan melalui komitmen jaminan kerajaan bawah Jaminan-Kerajaan (GG),” katanya.

Sehubungan itu Mujahid berkata jangan ada lagi pihak yang mempertikaikan usaha PH kerana kos pemulihan kekal sebagai komitmen jaminan kerajaan yang tersenarai dalam ucapan Bajet 2022 di bawah tajuk Jaminan Kerajaan “Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022”.

Bajet 2022 dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ adalah bajet paling tinggi pernah dibentangkan dalam sejarah negara.

Memperuntukkan sejumlah RM331.1 bilion atau 20.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bajet itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM8.6 bilion berbanding Bajet 2021 iaitu RM 322.5 bilion.

Menurut Tengku Zafrul, daripada jumlah itu, sebanyak RM233.5 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan operasi, sejumlah RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Sementara, baki sebanyak RM23 bilion untuk Kumpulan Wang Covid-19. Dalam pada itu, sejumlah RM2 bilion turut disediakan sebagai simpanan luar jangka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here