‘Minum wanita Melayu’, MP PKR mohon maaf tiada niat cetus kekeliruan

0
1

AHLI Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai tampil memohon maaf susulan ucapannya di Parlimen mengenai wiski Timah telah menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Menerusi hantaran di Facebook, Rusnah menyifatkan ucapannya berhubung wiski Timah yang diumpamakan “minum wanita Melayu” itu telah disalah erti sehingga menyebabkan sesetengah pihak tersinggung hati.

“Saya meneliti maklum balas terhadap ucapan saya di Parlimen berhubung isu ‘Timah’ tempoh hari.

“Walaupun niat asal saya adalah untuk memastikan tidak timbul kekeliruan berkait label tersebut, ucapan saya telah disalah erti.

“Oleh itu, kepada pihak yang tersinggung akan ucapan tersebut, saya memohon maaf,” katanya di Facebook, hari ini.

Semalam di Dewan Rakyat, Rusnah yang juga Ahli Parlimen PKR menyamakan minum wiski jenama Timah ibarat “minum wanita Melayu”.

Katanya, jenama dan imej yang digunakan terlalu mengelirukan dan perlu diubah.

“Timah ini panggil jenama lain ke? The Mines ke?”

“Ini tidak bagus untuk wanita kerana akan dibayangkan Timah itu wanita Melayu, kak Timah, mak Timah, mak cik Timah.

“Jadi, apabila kita minum wiski itu seolah-olah kita minum wanita Melayu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here