Kes harian Covid-19 terus catat angka lebih 6,000

0
2
Belanjawan 2022 (Budget 2022)

KES harian Covid-19 hari ini terus mencatat angka melebihi 6,000 untuk tiga hari berturut-turut sejak Rabu lalu.

Sebanyak 6,060 kes baharu direkodkan hari ini sekali gus menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam dengan 6,377 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes positif mencecah 2,460,809 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik di laman web covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here