‘BN akan bangkit daripada kekalahan PRU14’ – Razlan

0
1
Datuk Razlan Rafii

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razlan Rafii berkata Barisan Nasional (BN) akan terus setia kepada asas kebangkitan selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Justeru, Razlan berkata, beliau percaya kebangkitan BN itu dapat memberi manfaat kepada rakyat untuk menikmati kestabilan.

“Setiap rakyat akan mendapat manfaat kepada kestabilan ini.

“Jadi, ramuan kesatuan Parti Besar Orang Melayu menjadi asas penyatuan ini,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkenaan beberapa ketetapan dibuat Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam dalam Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Ketetapan itu termasuk Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka.

Selain itu, Mesyuarat MKT Umno juga memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung Umno 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi Pilihan Raya Melaka.

Umno berpandangan, asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.

Majlis Kerja Tertinggi Umno juga memberikan mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan Pilihan Raya Negeri Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here