7 wanita mangsa eksploitasi seks diselamatkan

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1635490467819","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

POLIS menyelamatkan tujuh wanita warga Thailand yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks dalam satu serbuan di sebuah premis di kawasan Bandar Baru Permas Jaya, Johor pada Rabu lalu.

Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (D3) Bukit Aman dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pada kira-kira jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun turut ditahan dalam Ops Pintas Atipsom itu kerana dipercayai bekerja sebagai ‘transporter’.

“Kesemua wanita warga Thailand yang diselamatkan adalah berusia 22 hingha 37 tahun.

“Hasil pemeriksaan turut merampas pelbagai barangan iaitu beg tangan, telefon bimbit, kondom, anak kunci bilik, kad akses pintu dan wang tunai RM630,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dan lelaki terbabit kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, manakala semua mangsa dihantar ke rumah perlindungan sementara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda.

“Pihak IPD Johor Bahru Selatan menasihatkan masyarakat untuk menyalutrkan sebarang maklumat berkaitan jenayah yang membabitkan eksploitasi terhadap pekerja, pemerdagangan orang dan penyeludupan migran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here