Bajet 2022: Bantuan Musim Tengkujuh

0
1

BAGI meringankan beban sara hidup pekebun kecil seluruh negara, kerajaan bersetuju meneruskan Bantuan Musim Tengkujuh pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM190 juta.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan itu akan meringankan beban 320,000 pekebun kecil yang kehilangan pendapatan semasa musim tengkujuh.

Beliau berkata, kerajaan juga akan memberikan perlindungan takaful kepada semua ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Malaysia di bawah Skim Perlindungan Takaful Smart Card Peladang membabitkan peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Selanjutnya, bagi menyokong industri kelapa sawit, kerajaan memperuntukkan RM35 bagi Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan RM20 juta untuk usaha menangani kempen anti-minyak sawit di peringkat antarabangsa,” katanya.

Selain itu, menurutnya untuk tahun hadapan, kerajaan bersetuju menaikkan nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa kelapa sawit.

“Bagi Semenanjung Malaysia, daripada RM2,500 kepada RM3,000 dan bagi Sabah dan Sarawak daripada RM3,000 kepada RM3,500.

“Manakala kadar levi Sabah dan Sarawak diselaraskan kepada tiga peratus seperti mana kadar levi di Semenanjung,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here