‘Ikut peraturan di Malaysia, bukan Rom’ – Khairy

0
1

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan semua pihak khususnya warga asing supaya mengikuti dan menghormati peraturan serta undang-undang negara yang dikunjungi mereka.

Menerusi ciapannya di Twitter, beliau turut berharap pengunjung dari luar negara itu tidak menyamakan peraturan di Malaysia dengan negara lain.

“Apabila di Rom, lakukan seperti yang dilakukan oleh orang Rom. Apabila berada di Malaysia, tolong pakai pelitup muka. Tanpa mengira peraturan di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas berkenaan video tular di Twitter semalam, memaparkan seorang wanita warga asing enggan memakai pelitup muka dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah Suria KLCC di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Khairy berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pengurusan pusat beli-belah terbabit berhubung kejadian berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here