SEBANYAK 98 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan semalam.
Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, daripada angka tersebut, 32 daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Justeru, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat semalam adalah 28,674.
Manakala, jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,803.
Dalam pada itu, seramai 562 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 292 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

