PRN Melaka : PAS tunggu mesyuarat MKT Umno Khamis ini

0
1

PAS akan menentukan langkah selanjutnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat ketetapan muktamad esok.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pada dasarnya PAS mahukan pakatan yang membentuk kerajaan pusat ketika ini bersama dalam PRN Melaka.

Menurutnya, sebarang perpecahan dalam kalangan Umno, PAS dan Bersatu hanya akan menggembirakan Pakatan Harapan (PH).

“Apa pun keputusan MKT Umno pada Khamis ini akan menentukan segalanya, seperti jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh PAS, bentuk muafakat politik dan penyusunan jentera pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berpendapat, Umno, PAS dan Bersatu wajar terus bersama untuk melalui PRN Melaka.

“Namun PAS bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Kerjasama Umno dan PAS melalui MN sebelum ini menjadi tanda tanya apabila Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara bersendirian pada PRN Melaka.

Bagaimanapun selepas itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan perkara itu belum diputuskan oleh MKT lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here