Pemuda Umno terima 3,514 ahli baharu dalam tempoh 55 hari

0
1

PEMUDA Umno menerima seramai 3,514 keahlian baharu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 471,882 ahli di seluruh negara.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata daripada jumlah keahlian baharu itu Sabah mencatakan kemasukan ahli tertinggi iaitu seramai 1,389 orang.

“Alhamdulillah, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Malaysia tadi (malam), kami menerima laporan bahawa keahlian baharu bermula dari 1 September sehingga 25 Oktober 2021.

”Walaupun dalam tempoh masa 55 hari, pertambahan jumlah pendaftaran ahli baru yang begitu memberangsangkan ini memberi semangat buat kami Pergerakan Umno Malaysia untuk terus berjuang bersama ahli-ahli akar umbi demi perjuangan parti keramat Umno ini,” katanya di hantaran Facebook.

Asyraf Wajdi berkata, kepada anak-anak muda yang berminat untuk menyertai Pemuda Umno di bahagian masing-masing boleh mendapatkan borang keahlian di pautan http://shorturl.at/tzBD0.

“Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ahli baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia boleh berhubung di talian 03-40441199,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here