SOP ketat sebelum terima 32,000 pekerja asing sektor perladangan sawit

0
1
Seorang pekerja sedang menggunting pokok krismas di Tapak Semaian Leong Sungai Buloh menjelang Krismas.

KERAJAAN akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) ketat sebelum menerima 32,000 pekerja asing untuk sektor perladangan sawit di seluruh negara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pihak majikan pula akan memastikan semua pekerja mereka telah divaksinasi sepenuhnya dengan kos ditanggung sepenuhnya mereka sendiri.

Beliau berkata kerajaan Indonesia juga menyambut baik prosedur ditetapkan untuk rakyat negara itu bekerja di Malaysia.

“SOP kemasukan pekerja asing yang bakal dikuatkuasakan itu akan menumpukan kepada pengambilan pekerja asing di sektor perladangan sawit terlebih dahulu.

“Segala kos bagi membawa masuk pekerja asing ke negara ini adalah di bawah tanggungjawab majikan bagi setiap kelulusan yang diperoleh.

“Bagi sektor ini juga, pekerja asing dari Indonesia boleh dibawa masuk terlebih dahulu, diikuti dengan negara-negara sumber lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zuraida berkata perincian selanjutnya berhubung senarai pusat kuarantin serta mekanisme untuk membawa masuk pekerja asing dari negara sumber akan dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam masa terdekat.

Katanya, sebarang perubahan SOP adalah tertakluk kepada perbincangan dengan pihak KSM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kementerian berharap dengan keputusan khas dikeluarkan Kerajaan Malaysia ini akan memantapkan lagi hubungan antara dua negara ini melalui kerangka kerjasama sedia ada dengan memperoleh situasi menang-menang demi memajukan lagi industri sawit di peringkat antabangsa,” katanya.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju dengan cadangan SOP bagi kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persetujuan itu dibuat untuk memenuhi keperluan sektor perladangan seperti yang dibentangkan oleh KSM.

“Justeru, SOP-SOP ini akan dikuatkuasakan kepada semua sektor ditetapkan dan diluluskan secara case-by-case basis oleh Jawatankuasa Pekerja Asing dipengerusikan bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here