‘Saya bukan hadiahkan pulau ke Singapura secara kekal’ – Najib

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634875628549","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan permohonan mendapatkan pasport untuk melawat anaknya di Singapura adalah secara sementara. 

Katanya, permohonan sementara itu tidak sama jika dibandingkan dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad ‘menghadiahkan’ Pulau Batu Puteh kepada Singapura secara kekal. 

“Saya cuma mohon mahkamah untuk dapatkan semula pasport secara sementara supaya boleh lawat anak saya yang bersalin di Singapura. 

“Sebab anak saya yang ikut suaminya berniaga di Singapura dihalang untuk kembali ke Malaysia semasa hamil akibat peraturan-peraturan serta larangan rentas negara semasa pandemik,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Najib berkata, kebenaran pelepasan tersebut adalah keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat sebulat suara oleh tiga Hakim, bukannya keputusan kerajaan. 

“Mereka bukanlah hakim sivil baru dilantik tanpa sebarang pengalaman kes jenayah yang tiba-tiba ditukar ke mahkamah jenayah untuk gantikan hakim bagi kes SRC saya selepas perbicaraan bermula. 

“Seperti dihujah barisan peguam saya semasa rayuan mahkamah, ini pertama kali dalam dunia di mana kes jenayah paling berprofil tinggi dihakim oleh hakim tanpa sebarang pengalaman jenayah. 

“Diganti secara tiba-tiba pula selepas perbicaraan bermula. Sehingga Tommy Thomas tulis dalam buku bahawa dia gembira hakim saya diganti. Sehingga berlakunya 307 kekhilafan dalam keputusannya semasa jatuhkan hukuman terhadap saya,” katanya. 

Semalam, Dr Mahathir mempersoalkan layanan istimewa diterima Najib selepas dibenarkan ke Singapura selama lebih sebulan. 

Pengerusi Pejuang itu berpendapat perkara terbabit sesuatu yang luar biasa kerana Najib kelihatan sihat dan boleh ke Parlimen serta ke sana sini untuk berkempen tetapi ‘tidak sihat’ untuk dibicarakan di mahkamah. 

Terdahulu, Najib dilaporkan menangguhkan perjalanan ke Singapura bagi membantu jentera parti Umno pada PRN Melaka yang diadakan pada 20 November ini. 

Ia disebabkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada ketika itu akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan bagi sakit belakangnya. 

Sehubungan itu, beliau memohon untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober hingga 22 November kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here