Chong Wei serah raket kepada TYT Sabah, isteri

0
2

BEKAS pemain badminton perseorang lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyerahkan raket kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni hari ini.

Menurut Chong Wei, raket yang diserah kepada Juhar itu pernah digunakan beliau semasa bertanding pada Sukan olimpik, sementara Toh Puan menerima raket digunakannya semasa kejohanan Terbuka Malaysia.

“Saya tahu Toh Puan meminati sukan badminton dan peminat saya.

“Oleh sebab itu saya menghadiahkan raket sebagai pembakar semangat kepada pemain badminton khususnya di Sabah,” katanya kepada media di Istana Seri Kinabalu selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sabah hari ini.

Chong Wei yang ditemani isteri, Datin Wong Mei Choo dianugerahkan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang Dipertua Negeri Sabah. – Malaysiapost

Kredit Foto: Jabatan Penerangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here