Armand Azha angkat sumpah sebagai Senator hari ini

0
1

AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Beliau adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa hari ini hingga 25 Oktober 2024.

Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

“Saya tengah bersiap untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

“Terima kasih kepada semua atas sokongan sejak saya mula berjuang dalam Umno, 7 Januari 1995 sehingga kini,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Armand Azha, 46, berkelulusan Sarjana Sains Politik dari Geomatika University College, Kuala Lumpur merupakan Pengarah Asia Coding Centre Sdn Bhd. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here