SETAKAT semalam seramai 23,906,468 atau 94.7 peratus daripada populasi dewasa di seluruh negara telah lengkap vaksinasi Covid-19.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi di portal COVIDNOW, individu dewasa yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos mencapai 97.5 peratus.
Sementara itu, kanak-kanak dan remaja lengkap divaksin merekodkan 55.3 peratus atau 1,739,835 individu, manakala 81.6 peratus sekurang-kurangnya mendapat satu dos vaksin.
Sebanyak 184,162 dos suntikan diberikan semalam melibatkan 140,054 dos suntikan lengkap, 21,927 satu dos dan 22,181 untuk dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin meningkat kepada 49,253,453 suntikan.
Secara keseluruhannya, populasi penduduk di negara ini yang lengkap divaksinasi adalah 73.2 peratus atau 23,906,468 individu. – Malaysiapost

