Penyokong berhak mendapat yang lebih baik – Ronaldo

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1635130739151","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

CRISTIANO Ronaldo nyata kecewa dengan kekalahan besar 0-5 Manchester United kepada seteru utama, Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford malam tadi.

Penyerang Portugal itu berkata keputusan perlawanan tersebut bukan seperti apa yang diharapkan dan menyifatkan peminat The Red Devis berhak mendapat sesuatu yang lebih baik.

“Kadang kala hasilnya bukan yang kita perjuangkan. Kadang kala keputusan tidak seperti yang kita mahukan. Dan ini bergantung kepada kami, hanya pada kami kerana tidak ada orang lain yang harus dipersalahkan.

“Peminat kami, sekali lagi mengagumkan dalam sokongan berterusan mereka. Mereka berhak mendapat yang lebih baik daripada ini, jauh lebih baik, dan terpulang kepada kami untuk menyampaikannya. Masanya sekarang,” kata Ronaldo menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam aksi lewat malam tadi, Liverpool gah mendahului 4-0 pada babak pertama menerusi jaringan Naby Keita, Diogo Jota serta dua gol oleh Mohamed Salah.

Lima minit bersambung babak kedua, Salah melengkapkan hatrik dengan gol kelima Liverpool sebelum United terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Paul Pogba dilayangkan kad merah.

Perlawanan malam tadi juga memperlihatkan aksi serba tidak kena Ronaldo apabila dilayangkan kad kuning kerana kekasaran ke atas pemain muda Liverpool, Curtis Jones selain jaringannya dibatalkan kerana offside. – Malaysiapost

Kredit Foto: Instagram/Cristiano Ronaldo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here